Wednesday, May 2, 2012

Selamat Hari Pekerja

Salam, aku nak ucapkan selamat hari pekerja 2012 pada semua.

Selamat Bercuti

yang benar,
arie

Thursday, December 15, 2011

Tiba bagaikan pelangi...

Sedekahkan bacaan Al-Quran kepada Arwah Atuk
Membersihkan  kubur Arwah Atuk
Salam,
Hari ini genaplah sebulan arwah Atuk kembali ke Rahmatullah. Kehilangan arwah Atuk teramatlah dirasai. Rindu dekat senyuman arwah Atuk, rindu nak gurau dengan arwah Atuk,hmmm...rindunya yang teramatlah sangat. Tapi aku redha(ikhlas, kalau tak ikhlas itu pasrah) dengan kembalinya arwah Atuk bertemu Ilahi.

Aku selalu mendoakan supaya roh arwah Atuk aku ditempatkan dikalangan golongan roh orang yang beriman dan beramal soleh dan solehah. Perginya arwah Atuk memang tiada pengganti. Kini aku lebih mengenali dan menghargai erti kasih sayang. Semoga roh arwah Atuk damai dialam sana,InsyaAllah.

Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Ross Bt Ahmad (24 Jun 1935 - 15 Nov 2011)

Cucumu,
noor azree bin hussin

Thursday, November 24, 2011

Erti kehilangan

 Bersama Allahyarhamah Atuk

Salam,
Pada tanggal 15/11/2011 hari Selasa, tepat pada pukul 2.52 petang.
Baru aku mengerti erti kehilangan.
Kehilangan seseorang yang amat aku sayangi.
Seorang insan yang pernah aku panggil Mak.
Seorang insan yang menjaga aku ketika aku kecil.
Seorang insan yang tidak pernah putus-putus menyayagi dan mencintai aku.
Seorang insan yang terlalu mengambil berat keatas diri aku sejak daripada aku kecil.
Dia atuk ku yang tiada pengganti.

Kini, Semuanya sudah tiada,
Allah telah menjemput atuk ku untuk bertemu denganNya.
Atuk ku telah pergi untuk selama-lamanya.
Aku terus berdoa kepada Allah supaya kita bertemu lagi di alam yang lain,InsyaAllah.
Juga terus berdoa kepada Allah andai semasa hidup atuk tidak mendapat kedamaian dan kemewahan dunia, moga Allah memberi segala-galanya disana nanti, InsyaAllah.
Juga terus berdoa kepada Allah supaya Allah tempatkan roh atuk aku bersama dengan roh orang yang beriman dan beramal soleh dan solehah.
Semoga atuk damai disana. InsyaAllah.

Kini, segala pesanan atuk akan aku semat didalam hati hingga aku mati.
"Angah, berlajar lah rajin-rajin, kerana dengan Ilmu itu mampu menjadi manusia yang berfikir"
"Angah, jangan sesekali tinggal solat 5 waktu, kerana solat itu adalah tiang Agama"
Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Ross Bt Ahmad (24 Jun 1935 - 15 Nov 2011).

Terima Kasih Atuk atas segala-galanya...Angah berdoa segala amalan baik atuk terhadap diri angah. Moga Allah membalas dengan Syurga Allah yang kekal abadi.Ameen.

Terima kasih ATUK,
noor azree bin hussin






Wednesday, November 9, 2011

Mengapa sesukar ini?


Salam,
Tidak perlu faham..Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H. Sebenarnya tidak ada apa yang ingin ditulis didalam blog ini. Tapi gatal tangan juga nak menulis...hahahaha

Aku sebenarnya tertarik dengan ungkapan "memaafkan tetapi tidak melupakan", perlukah ada ungkapan seperti ini?....jika sudah memaafkan mestilah kena lupakan jugak kan?...tapi kadang-kadang aku sebagai manusia biasa juga tidak lari daripada terjebak dalam ungkapan seperti itu..kita mungkin mudah untuk memaafkan sesuatu kesalahan kan...tapi pasti sukar untuk melupakan kesalahan itu. Lagi-lagi perkara yang salah itu berlaku di waktu dan saat yang anda sukar untuk lupakan...hehehe(boleh faham ker ayat ni?)

Orang seringkali  membuat persamaan ungkapan ini dengan membayangkan "kesalahan" yang berlaku itu ibarat sebuah luka.....jika besar kesalahan yang berlaku makin besar lah luka itu...dan "kemaafan" itu di ibaratkan sebagai sebuah luka yang sembuh, dan "tidak melupakan" itu diibaratkan sebagai parut luka yang tidak mungkin hilang...hahaha...(metafora betul)...

Bila sampai ke satu tarikh yang tertentu, hati aku mulalah berfikir kepada perkara yang telah berlaku...aduh...kenapa ianya hadir...mengapa sesukar ini untuk melupakannya?..hahahaha..lagi menyakitkan hati ini ialah aku rasa ianya tidak adil bagi aku.....kenapa ada pada ketika dan perkara yang sama..dia boleh melakukannya?....tetapi ianya tidak boleh dan seolah-olah "HARAM" berlaku pada aku pada ketika dulu?...aku saja tak nak tanyakan soalan ini secara terus...sebab aku suka org lain fikir yang aku tak mampu berfikir(mata keatas tangan kedada)....hahahaha..

Tapi kita kan ada Allah...aku selalu berdoa dan menyerahkan segala-galanya pada Allah..hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala-galanya...bukankah kita hanya insan yang tidak punya apa-apa....aku mengharapkan sempena Hari Raya Korban pada tahun ini...aku juga perlu berkorban untuk melupakan perkara-perkara itu...bertahun-tahun aku menyimpan perasaan itu...dan aku pasti manusia-manusia itu hampir pasti tidak akan dapat menerima kenyataan jika aku katakan kesalahan itu melebihi 100% berpunca daripada mereka!...hahahaha...

Tapi, sebaik-baik kemaafan adalah "memaafkan dan melupakan"...dan aku masih belajar untuk kearah itu...

Anda tidak faham?...bukankah daripada awal karangan sudah ada ayat "Tidak perlu faham"...hehehehehe...

yang benar,
noor azree hussin








Thursday, October 6, 2011

HUDUD! Masanya Sudah Tiba!

Ehsan Mr.Google

Salam,
Isu yang hangat diperkatakan sekarang ini adalah tentang hukum HUDUD...apa itu HUDUD?..adakah hukum ciptaan PAS? atau UMNO? atau DAP?...tidak sama sekali...HUDUD adalah hukuman yang telah ditetapkan dan ditentukan oleh Allah yang terdapat didalam Al-Quran dan juga Hadis. sumber sini

Tapi aku bukan nak cerita tentang apa itu HUDUD, kerana cerita ttg HUDUD ini telah banyak dikupas oleh Ulama-ulama terkenal di dalam blog mereka. Yang menjadi persoalannya sekarang ialah kenapa ianya sukar dilaksanakan? Ada sesetengah media lebih gemar bertanyakan kepada "ustaz" dan "ustazah" yang bergelar artis tentang wajar atau tidak wajar HUDUD ini dilaksanakan? Apa nak jadi dengan dunia sekarang ini? Soalan sama ada wajar atau tidak wajar itu sendiri tidak perlu disoal sewajarnya...

Aku mencari dimasa silapnya semua ini, akhirnya aku terjumpa tentang kelemahan kita menjadi umat Islam di akhir zaman ini..

"Barangkali kita perlu meneliti kembali apa yang disabdakan Nabi Muhammad SAW kira-kira 1,432 tahun lalu apabila Baginda ditanya oleh sahabat mengenai kekuatan umat Islam masa hadapan di mana Baginda menjawab bahawa umat Islam pada akhir zaman akan menjadi kaum majoriti di dunia, tetapi ianya tidak bererti dan tidak menakutkan musuh iaitu ibarat buih di laut seperti yang diriwayatkan daripada Thauban r.a. yang bermaksud:
“Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. bertanya,
”Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”
Sahabat bertanya lagi,
“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah SAW, “Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.
Sahabat bertanya lagi,
“Apakah itu al-Wahn?” Rasulullah SAW bersabda, “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”
Oleh itu, bangunlah wahai saudara-saudaraku, sesungguhnya bukti-bukti akhir zaman telah jelas diperlihatkan kepada kita. Sampai bila kita akan terus leka dan lalai dalam permainan musuh-musuh Islam. Terlalu banyak usaha yang telah dilakukan oleh musuh-musuh kita dan mereka telah berjaya memperdaya pejuang-pejuang Islam (anda). Ingatlah tiada siapa yang akan mempertahankan Islam jika bukan umat Islam sendiri."
sumber sini

Aku mendoakan semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan Al-Wahn ini, insyaAllah.
sekian,
noor azree bin hussin