Thursday, January 26, 2012

Universal Studios Singapore: Part 1


Salam,
Post kali ini berkaitan dengan percutian ke Universal Studios Singapore (USS). First time aku create post ada part-part bagai, tapi ini bertujuan untuk aku senang buat rujukan dan memudahkan untuk orang lain membaca (itupun kalau ada org baca).

Part 1 ni, aku nak bercerita tentang salah satu cara mudah dan jimat utk ke USS. Aku tau cara ni pun, di atas dasar membuat survey daripada blog-blog orang yang pernah pergi ke USS lebih awal. Jadi, mereka tolong aku, aku tolong orang lain pula..Tapi ini adalah salah satu daripada pilihan yang ada, dan ianya jimat dan senang. Kalau korang rasa korang ada banyak duit dan kaya, tak nak ikut cara ini..Ade aku kesah?...tak kesah!..hahahaha...

Pertama sekali jika anda ingin pergi ke USS, anda perlu mendapatkan tiket masuk ke USS itu terlebih dahulu. Ianya boleh didapati di sini atau di kaunter bus yang terdapat di Tune Hotel Danga Bay. Nak beli dekat sana pun boleh, tapi selalunya sold out dan kalau ada pun nak beraturnya panjang..

Harga tiketnya berbeza-beza mengikut hari biasa atau cuti am. Jika hari biasa harga tiket SD 68, manakala jika cuti am SD 74. Jika anda ingin mempunyai kelebihan apabila berada di dalam USS nanti, anda digalakkan untuk membeli tiket Express yang berharga SD 30 hari biasa, manakala SD 50 pada cuti am. Tiket Express ni memang berbaloi-baloi..Selamba badak je ko potong Queue orang lain..hehehe..(mcm sistem kasta pun ada).. (Semasa Rm 2.45 = SD 1)

Tune Hotel Danga Bay JB
Masih Di Tune Hotel












Untuk sampai ke USS, anda mempunyai berbagai-bagai cara untuk kesana. Tapi aku memilih untuk menaiki bas lebih tepat dikenali sebagai Odyssey Coach. Tiketnya boleh diperolehi dan dibeli secara online di web tune hotel (google sendiri), atau di kaunternya yang terletak di bawah bangunan Tune Hotel Danga Bay itu sendiri. Harganya murah, jika online RM 23 pergi-balik dan jika beli di kaunter RM 25 pergi balik, Oh ya! tiket online hanya boleh dibeli jika anda menyewa bilik sekali di Tune Hotel Danga Bay JB...

Kaunter Jualan Tiket

Ada 2 trip untuk pergi ke USS iaitu pukul 7.00 pagi dan 10.30 pagi bertolak betul-betul di depan Tune Hotel Danga Bay ni. Jika anda memilih untuk menaiki bas pada pukul 7.00 pagi, anda akan dijangka sampai pukul 9.30 pagi, manakala jika pukul 10.30 pagi anda dijangka sampai pukul 12.00 tgh hari. USS mula beroperasi pada pukul 10.00 pagi. 

Pulang pula, anda mempunyai 2 pilihan masa untuk pulang. Sama ada pukul 6.00 ptg atau 10.30 mlm. Aku pilih 10.30 mlm, buat apa balik cepat-cepat?...Tapi pilihan di tangan anda..hahaha..Apa?..kereta?...OK anda boleh parking kereta anda di Tune Hotel Danga Bay secara PERCUMA sehingga anda pulang nanti..

Perjalanan dari Tune Hotel Danga Bay ke USS akan mengambil masa 1 hingga 1 jam setengah.. :]

Tempat Lepak sambil isi borang imigresen

Aku sampai ke Tune Hotel Danga Bay 20 minit awal, di sini ada tempat untuk kita melepak sementara menunggu kedatangan Bas. Tempat melepak ini digunakan untuk mengisi borang putih imegresen. Jadi, bila dah sampai ke kawasan imegresen Malaysia, kita dah tak perlu nak berebut-berebut pen dengan mak cik sebelah untuk mengisi borang ni. Itu baru kes berebut, belum lagi kes mak cik sebelah tu minta tolong isikan borang dia, siksa ok..hahahaha. Borang imegresen ini boleh didapati di kaunter Odyssey Coach ni juga..Senang bukan?.. Senang!

Cepat Bas dah Sampai..hehehe

Aku amik bas pada pukul 10.30 pagi.. Tepat pukul 10.30 pagi, bas dah tercongok dekat depan Tune Hotel Danga Bay tu. Ok la kan, tak de buang masa banyak sangat. Bas ni akan terus membawa anda semua ke USS tanpa henti-henti..Dia akan berhenti 2 kali je, itupun untuk cek imigresen Malaysia dan imigresen Singapore untuk check Passport anda..Gambar memang tak amik sebab kawalan di imigresen Singapore agak ketat. Faktor keselamatan agaknya..


Tambak Johor
Selepas abis check passport di imigresen Malaysia, bas akan meneruskan perjalanan ke singapore melalui tambak johor..untuk aku secara peribadi, ini first time aku tgk tambak johor...hehehehe...


Tempat parking Bas..Bawah USS je...


Tepat pukul 12 tgh hari, aku sampai ke USS, bas yang kita naik akan terus pergi ke tempat parking bas yang memang telah disediakan khas untuk Odyssey Coach ini. Sepanjang perjalan ke USS, aku dapat melihat kebersihan Singapore yang agak ketara...rumah-rumah flat dorang dekat sana memang bersih..kagum sekejap!


Tangga elektrik ke USS...memang mudah..
Perasaan berdebar-debar sambil naik tangga elektrik..hehehe

Selesai je bas parking ditempat yang telah disediakan tu, aku teruskan perjalanan dengan menggunakan kaki mengambil masa kurang dari 5 minit untuk berjumpa dengan tangga elektrik ni. Tak perlu risau, banyak penunjuk arah untuk pejalan kaki ke USS. Tapi jangan ikut arah ke casino pulak...judi haram..arak pun haram gak..

Lepas naik je tangga elektrik ni, terus je anda akan nampak benda alah bulat biru ni pusing-pusing...memang menyenangkan. Tak payah nak kene amik MRT atau LRT lagi dah..

Akhirnya...dah sampai ke USS.. :]

Dah sampai, pastikan camera anda cukup bateri...sebab memang banyak tempat yang menarik untuk di rakamkan untuk menjadi kenangan di masa tua nanti..hahahaha...



Kepada sesiapa yang ingin merancang ke USS pada bila-bila masa, aku berharap perjalan korang akan
lebih mudah dan akan selamat sampai dengan hati yang tenang dan senang.


Entah bila la aku ada masa nak sambung Part-part yang seterusnya...silap-silap part 1 ni ayat poyo jer...hahahaha...

Semoga berjumpa di part-part yang lain yer...terima kasih kepada anda yang sudi membaca...hehehe


yang benar,
noor azree bin hussin





1 pengkritik bebas:

is-nanie said...

Salam..
Saya dan kgkwn dlm perancangan nak pegi sana. Thanx for the info. Harap dpt sambung part 2 =)