Friday, June 27, 2008

ANUGERAH AUTOMOTIF ASEAN-MODEL TERBAIK(MALAYSIA)-PROTON PERSONA

KUALA LUMPUR - Persona, model keluaran Proton Holdings Bhd., dipilih sebagai "Model Terbaik Malaysia Tahun Ini" pada majlis Anugerah Automotif Asean Frost & Sullivan 2008, malam tadi.

Rakan niaga dan ketua automotif dan amalan pengangkutannya bagi Asia Pasifik, Kavan Mukhtyar berkata, pencapaian berkenaan adalah suatu yang harus dipuji memandangkan Persona menandakan satu peralihan kepada Proton, yang menghasilkan imej jenama yang bertambah baik.

Ia juga meningkatkan kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap Proton, kata Mukhtyar pada majlis penyampaian anugerah itu di sini. Dalam kenyataan yang berasingan, Proton berkata, Persona, yang dilancarkan pada Ogos tahun lepas, menjadi pilihan 45,000 warga Malaysia.

Viva, keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) pula dipilih "Nilai Terbaik Untuk Wang" dengan kos terendah dalam pemilikan dan penyelenggaraan.

Antara syarikat Malaysia lain yang menerima anugerah ialah Ambank (M) Bhd. (Syarikat Pembiayaan Automotif Terbaik), Automotive Corporation Malaysia Sdn. Bhd. (Kepimpinan Pasaran untuk Kenderaan Komersial), Boon Siew Sdn. Bhd. (Pengedar Motosikal Terbaik) dan Hicom Teck-See Manufacturing Malaysia Sdn. Bhd. (Pengeluar Komponen Automotif Terbaik).

sumber dari: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0627&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

syukur kereta yg aku beli dpt anugerah...hehehe....HITAM ITU MEMPERSONAKAN!!!...
pada sesiapa yg merancang nak beli kereta tu....pikir2kan la....hehehehe...jgn masih lagi duk kat takuk lama!!...lakukan perubahan segera!!...

yg benar,
arielasso