Monday, June 25, 2012

Kini Hanya Tinggal Kenangan

arwah atuk didalam bas..nak hantar aku konvo (2008)
"Angah....Angah..."jeritan atuk memecah keheningan petang dirumahnya..memanggil nama aku ketika aku melawat beliau demi mengisi kekosongan masa kerana sedang bercuti semester penggal pertama ketika zaman diploma ku..

"Ye atuk" sepantas kilat aku menjawab...tetapi dek kerana usia atukku telah bertambah mengikut aturan tahun, maka pendengaran nya mula berkurang...aku terpaksa menyahut panggilan namaku untuk kali kedua.."ye atuk" selepas daripada itu, beliau terus menyerahkan satu buku nota kepada aku tanda beliau mendengar sahutan aku untuk kali ini.

aku bertanya, "nak buat apa dengan buku nota ni atuk?"...lantas beliau menjawab.."Angah tolong tulis no telipon angah dkt buku nota ni, tp tulis tu biar besar-besar tau.."...aku pun terus menulis no telepon ku di buku nota yang telah dibekalkan kepada aku tadi..selesai aku menulis no telepon aku...aku menyerahkan kembali buku nota itu kepada dia..."nah atuk,simpan elok-elok"..pesan aku kepada beliau tanpa menanyakan untuk apa no telepon ku itu diambil..
nota : ketika era ini..handphone sudah mula diguna pakai oleh semua org..kecuali atuk ku masih lagi menggunakan telepon rumah..

pada tanggal 17 jun pada tahun itu, di suatu pagi yang indah...aku dapat panggilan daripada nombor yg aku ketahui..."Assalamualaikum angah"..suara yg aku dgr bila mana aku mula mengangkat telepon bimbit ku...aku pun menjawab penuh salam itu...selepas itu suara didalam telepon itu terus membalas "selamat hari lahir angah....atuk tak dpt nak jumpa angah sebab angah jauh..tp atuk selalu doakan angah"...mata ku umpama berkristal kerana menahan air mata sebak..
aku menjawab "terima kasih atuk, ingat juga atuk dkt angah"...beliau menjawab "mana mungkin atuk boleh lupa, lepas saja angah lahir..atuk yang menjaga angah...angah belajar elok-elok yer"..pesanan itu memang beliau tidak pernah jemu-jemu utk memesan kepada aku..

Semalam 24 jun 2012...jika arwah atuk ku  masih hidup,semalam adalah hari kelahiran beliau...sudah pasti aku tidak pernah melupakan tarikh istimewa ini seperti mana dia tidak pernah melupakan aku...kini sehingga ke hari ini genaplah 7 bulan 9 hari arwah atuk telah pergi meninggalkan dunia yang penuh dengan tipu daya ini..

Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Ross Bt Ahmad (24 Jun 1935 - 15 Nov 2011).

Terima Kasih Atuk atas segala-galanya...Angah berdoa segala amalan baik yang atuk sumbangkan terhadap diri angah. Moga Allah membalas dengan Syurga Allah yang kekal abadi.Ameen.

noor azree bin hussin


2 comments:

krill said...

Al fatihah... arie..bnyakkan sbr arie..sedih aku baca nukilan ko kali ni..

arielasso said...

terima kasih krill...sedih yang membaca..sedih lagi hati aku yg menulis...Al-Fatihah