Thursday, August 14, 2008
Friday, June 27, 2008
ANUGERAH AUTOMOTIF ASEAN-MODEL TERBAIK(MALAYSIA)-PROTON PERSONA
KUALA LUMPUR - Persona, model keluaran Proton Holdings Bhd., dipilih sebagai "Model Terbaik Malaysia Tahun Ini" pada majlis Anugerah Automotif Asean Frost & Sullivan 2008, malam tadi.
Rakan niaga dan ketua automotif dan amalan pengangkutannya bagi Asia Pasifik, Kavan Mukhtyar berkata, pencapaian berkenaan adalah suatu yang harus dipuji memandangkan Persona menandakan satu peralihan kepada Proton, yang menghasilkan imej jenama yang bertambah baik.
Ia juga meningkatkan kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap Proton, kata Mukhtyar pada majlis penyampaian anugerah itu di sini. Dalam kenyataan yang berasingan, Proton berkata, Persona, yang dilancarkan pada Ogos tahun lepas, menjadi pilihan 45,000 warga Malaysia.
Viva, keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) pula dipilih "Nilai Terbaik Untuk Wang" dengan kos terendah dalam pemilikan dan penyelenggaraan.
Antara syarikat Malaysia lain yang menerima anugerah ialah Ambank (M) Bhd. (Syarikat Pembiayaan Automotif Terbaik), Automotive Corporation Malaysia Sdn. Bhd. (Kepimpinan Pasaran untuk Kenderaan Komersial), Boon Siew Sdn. Bhd. (Pengedar Motosikal Terbaik) dan Hicom Teck-See Manufacturing Malaysia Sdn. Bhd. (Pengeluar Komponen Automotif Terbaik).
sumber dari: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0627&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm
syukur kereta yg aku beli dpt anugerah...hehehe....HITAM ITU MEMPERSONAKAN!!!...
pada sesiapa yg merancang nak beli kereta tu....pikir2kan la....hehehehe...jgn masih lagi duk kat takuk lama!!...lakukan perubahan segera!!...
yg benar,
arielasso

Sunday, May 11, 2008
Penampilan Sulung
Kereta ni aku tempah bulan 1 dulu....tp x wat loan lg la...just tempah je.....aku tempah byr la rm100...hehe(guna gaji pertama aku tu).....dah cukup 3 bulan aku keje...aku anta semua document utk wat loan....aku tunggu loan lulus dlm masa seminggu.....kete ni kuar dlm 2 minggu...so xlama la gak aku tggu....kete ni jenama dia Persona 1.6 IAFM Campro...
Masa kete ni kuar no plat masa tu dah 'WRG'.....nasib baik aku tempah no plat awal2....aku tempah WRE 8448....no plat ni ada cite dia....semua ni kira mcm rezeki aku la....disebabkan org selalu panggil nama aku 'arie' so aku terfikir baik aku beli 'WRE' sbb bila 'RE' tu disebut berulang2 kali seolah2 mcm 'ARIE'....(itu yg aku rasa la)......so aku tempah no plat ni time awal bulan 4....cun plak no plat WRE ni run time tu....tanpa melengahkan masa aku g la JPJ tempah......time tu no yg tgh run 4xxx...nasib aku baik la sbb aku nak booking 8xxx....
Tujuan aku nak booking no plat 8xxx ni sbb aku lahir tahun 84.....kete aku ni dijangkakan kuar bulan 4......so tahun ni plak tahun 2008....dah cantek la tu...aku chai punya chai jd '8448'....maka terjadi la 'WRE 8448'....no ni kira nasib baik la juga aku dpt....dah rezeki aku.....
Dengan ada nya kete ni aku harap aku dpt terus mengabdikan diri ini kepada Allah yg satu...aku berharap aku xakan lupa diri....aku akan terus mencuba utk bahagiakan mak dan bapa aku...aku nak dorang tahu yg dorang besarkan aku ni bukan semata2 mengabeskan beras je(dah la beras dh mahal skrg ni)...aku harap juga dgn ada nya harta aku yg tak seberapa ini akan mematangkan aku dlm hal kehidupan.....aku sedar ini semua hanyala sementara....xperlu dibangga2kan...cukupla sekadar yg mampu
aku dpt kete ni 28/4/2008....aku harap aku dpt la jaga harta aku ni dgn baik....moto kriss aku tu ttp jadi pilihan utk g keje....hehehehe.....oklah aku pon nak tido dh ni.....semoga Allah murahkan rezeki semua umat Islam di dunia ini....
semoga Pakatan Rakyat terus berjaya
salam hormat dr sy
arielasso......
Thursday, February 28, 2008
rekod pribadi
Salam...aku sebenarnya tak tau nak wat ape..so nak cite skit ttg hobi aku...ni adalah dua gambar yg aku ada utk membuktikan rekod pribadi pemancingan aku...hehhehehe...gambar pertama ikan tu seberat 9kilo++..gambar kedua tu seberat 12kilo++....kedua2 ikan ni adalah spesis yg sama....tp ikan ni aku tak makan...bg org je.....so gambar kedua tu ada sedikit kelihatan 2-3 org jiran aku yg terpegun dgn kebesaran ikan.....so kepada sesiapa yg nak tau resipi umpan ikan ni...boleh la mendaftar masuk UiTM kos memancing....hahahaha...
okla dh start rasa ngantuk dh ni...so aku nak tido dulu....
last skali....bersama2 kita tumbangkan kerajaan BN yg zalim.....takbir!!!!
salam reformasi..
arielasso
Thursday, February 14, 2008
Memancing
Salam kepada semua peminat2 aku yg setia utk menunggu post terbaru aku...hehehe...so ada masa skit dkt opis ni aku nak cite skit ape benda yg aku wat setakat ni....xde ape yg menarik ttg kehidupan aku..bg aku benda yg menarik dlm hidup aku adalah memancing...memancing dan memancing.....so hari raya cina tu aku g memancing dkt kolam yg terletak tidak jauh dp kediaman aku...so inilah hasil yg aku dpt....sendel aku yg aku letak dkt tepi itu bertujuan utk menjadi skala kebesaran ikan tu...nak cari ruler xsempat...so sendel aku pon jdlah kan....terlepas la juga tensen bekerja aku bila merasa melayan ikan tu.....so bg sapa2 yg rasa nak release tensen leh la g mancing...tp kalau korang xdpt ikan lain plak jd nya....makin bertambah tensen sial....so adat la kan...benda2 ni semua kita kene serahkan kepada rezeki yg Allah bg...oklah bos aku dh ajak g meeting ni...so sama2 la kita berusaha utk menjatuhkan kerajaan BN yg zalim....akhir skali dr saya...salam reformasi dan salam perjuangan utk semua....
Mengundi dgn bijak....
yg benar,
arielasso
Subscribe to:
Posts (Atom)
Jika Saudara Anwar Ibrahim Perdana Menteri…
Jika Anwar Perdana Menteri..
Madet tentu terkancing gigi..
Nak makan tak selera lagi.
Kubur kata mari, mari..mari..
Jika Anwar Perdana Menteri..
Najib dan Dolah sure cabut lari..
Bawa duit berguni-guni..
Sampai ke mampuih duit tak habih lagi..
Kalau Anwar Perdana Menteri..
Musa Hasan dan Patail pucat lesi..
Terlalu takut akan gerigi besi…
Tentu lama jadi penghuni..
Kalau Anwar Perdana Menteri..
Menteri BN bodeknya mesti..
dari BN mereka lari..
Ke Keadilan pula parti pilihan hati..
Kalau Anwar Perdana Menteri..
Rakyat tentu suka hati..
Minyak dah jadi murah sekali..
Rezeki tentu bertambah lagi..
Jika Anwar ke Putrajaya..
Itu tandanya rakyat dah berjaya..
Membuang segala sial dan puaka..
Yang dulu maharaja lela..
Jika Anwar ke Putrajaya..
Ekonomi Malaysia naik semula..
Pasaran saham melambung pula..
Pelaburan datang dengan segera..
Di Permatang Pauh Anwar tandingi..
Akibat dari kasihnya isteri..
Bagi suami tempat selamat sekali..
Sampaikan BN tak tau calon nak dicari..
Kata pula Khairi menantu Badwi..
Kenapa bertanding kerusi isteri..
Hamid Albar yang bini orang dia bawak lari..
Katanya Anwar hanya berani ditempat sendiri..
Aku nak tanya si Albar dan Khairi..
Pasai apa hangpa pun bertanding ditempat sendiri..
Kalau jantan silalah ke Nilam Puri..
Tentu kalah dengan deposit sekali..
Itukan semua strategi..
Kalau bertanding tentu menang yang dicari..
Siapakah yang bertanding untuk dikalahi..
Kalau ada Tanjung Rambutan dia bakal menghuni..
Kalau Anwar menang kali ini..
BN tentunya menggigit jari..
Idea apalah pulak nak dicari..
Nak buat aniaya sekali lagi..
Marilah kita sesama doakan..
Agar Anwar diberi kemenangan..
Malaysia tentulah menjadi sanjungan..
Itulah harapan itulah impian..
Harapan Baru Untuk Malaysia…