Salam,Pertama sekali tahniah kepada Selangor kerana layak ke peringkat suku akhir piala Malaysia pada musin 2011, bagi pasukan yg tidak layak,boleh cuba lagi pada tahun hadapan. Pada peringkat suku akhir itu nanti pasukan Selangor akan bertemu dengan pasukan PERAK(kampung ISTERI teman). Tahniah juga kepada Perak,kerana dengan ketiadaan pemain Utama,tetapi masih mampu menonjolkan permainan yang memberangsangkan.
Jatuh bangun Selangor boleh dikatakan sebagai adat kepada sesuatu pasukan yang terlibat dalam kancah bola sepak 1Malaysia. Menang Kalah sesuatu pasukan itu juga adalah bergantung kepada kelebihan skill atau taktik masing-masing,dan ianya juga adalah adat untuk sesuatu permainan.
Menjadi kebiasaan kepada pasukan yang di beri perhatian akan mendapat provokasi dan kritikan daripada penyokong-penyokong pasukan yang bertanding. Tidak hairanlah jika ada sampai bergaduh bertumbuk di stadium hanya kerana provokasi. Itu perkara biasa yang perlu diluar biasakan.
Apapun perjalanan Selangor selepas ini,menang atau kalah. Aku tetap akan menyokong Selangor sampai bila-bila. Biarlah Misi jururawat ker atau mcm Liverpool ker...lantakkan apa orang nak kata..Teruskan berjuang pasukan MerahKuning....
provokasi: pasukan brazil pun pernah kalah(ada sapa nak tulis selangor = brazil?)
pengkritik bebas,
arielasso
0 pengkritik bebas:
Post a Comment