Salam dan selamat sejahtera kepada semua pelawat blog aku....first skali aku nak ucapkan jutaan tahniah kepada pengundi2 BN kerana anda telah di hadiahkan dgn kenaikan harga minyak yang melampau!!!
Alasan kenaikan harga minyak di Malaysiaku yg tercinta ini adalah kerana harga pasaran minyak dunia melambung tinggi....kerajaan juga ingin mengambil contoh negara2 lain yg tidak memberi subsidi terhadap minyak pertol dan menjual minyak mengikut harga pasaran dunia....bullshit!!
Keputusan kerajaan untuk mengikut harga pasaran dunia telah dilaksanakan oleh kebanyakan negara namun bezanya kadar gaji penduduk negara-negara ITU melebihi penduduk di Malaysia yang secara tidak langsung tidak membebankan kos kehidupan. Ambil contoh singapore la, kerajaan meraka mmg xberi subsidi minyak kepada rakyat...tetapi penduduknya mendapat gaji berlipat kali ganda dan taraf hidup mereka lebih stabil berbanding rakyat Malaysia yang semakin lama semakin teruk keadaannya!!
Selain itu kesan kenaikan minyak ini juga turut dirasai oleh golongan berpendapatan rendah dan tidak memiliki kenderaan kerana ianya akan membabitkan kenaikan barangan keperluan pula.Golongan yang miskin dan tidak ada kena mengena dengan kenaikan ini turut terjejas kerana sudah pasti harga barang dan keperluan lain juga turut naik seiring kenaikan bahan bakar ini.
walaupun kerajaan memberi rebet kepada sesiapa yg mempunyai kenderaan tp perkara itu aku lihat tidak ubah seperti "pemujuk" sementara kepada rakyat dan ianya tidak bersifat keuntungan kepada rakyat!!!...
pak lah skali lg menipu rakyat dimana sebelum ini semasa pilihan raya umum lalu,kerajaan berjanji iya2 xkan naikkan harga minyak....ni baru 3 bulan dpt mandat drp rakyat dia dah wat negara ni mcm bapa dia yg punya!!....janji pak lah ngan ezam sama je la!!!
kerajaan nak byr utk org yg ada motor rm150 manakala kereta plak rm625 sekali setahun sahaja...tp rakyat menderita hari2!!!!! benda ni semua bg aku xubah mcm nak mengaburi mata rakyat yg kononnya rakyat tak pernah amek periksa matematik!!!!
so...aku mmg panas dgn kenaikan ini...kerana nak jaga periuk nasi 2,3 kerat org besar...rakyat menderita.....di malaysia ni aku nampak org kaya bertambah kaya.....yg miskin papa kedana....kalau rakyat tak sedar lagi aku tak tau la......
1 pengkritik bebas:
Tu la, tu pun Fack Lah masih bleh cakap kerajaan masih kuat! Memang Sindrome of Denial la diorang ni. Semua salah rakyat katanya!! Everything has damaged!
Post a Comment